Friday, December 30, 2011

Tentang Dhia..

Baru lepas tengok episod last Tentang Dhia
Tak dapat tengok petang tadi sebab keluar dengan kawan
Balik rumah pulak..housemate cakap ending dia sedih
Tengok dalam Facebook pun ramai cakap sedih
Apa lagi..terus je download kat Internet
Dan..kesimpulannya.......
CERITA TENTANG DHIA LAGI SEDIH DARI OMBAK RINDU

Time tengok Ombak Rindu hari tu tak menangis langsung
Bergenang air mata ada lah
Tapi bukan sebab cerita Ombak Rindu tu tapi sebab duk menguap..ngantuk..
Tapi bila tengok Tentang Dhia ni..lain..
Bukan takat mengalir air mata dah
Mengalir hingus sekali
Sedih!

Nora Danish memang berjaya bawa watak Dhia tu
Memang menyedihkan
Sorry to say..tapi bagi saya..
Nora Danish lagi berjaya watak sedih dari Fasha Sandha
Wah! Tetiba kan?
Apa2 pun..Tentang Dhia memang best!

Tuesday, December 20, 2011

Filmography 2011

Berapa kerat je movie yg dah tengok




Sunday, December 11, 2011

Bila Dah Taksub

Sekarang ni tengah kecoh pasal blog Budak Gigi Rabbit
Untuk tau lebih lanjut, boleh refer kat sini

Yg tak faham nya..
Kenapa budak-budak yg duk komen blog Hazrey ni duk cakap
si pengomen tak salah bila ugut & memaki sebab tak tau
tu fake Amirah's blog?

Tolonglah dik..
Sendiri yg memaki & mengugut
Jari sendiri yg tekan keyboard tu

Ye..masing-masing ada minat artis mereka
Tapi tak perlu nak marah macam tu dik

Bawak bersabar ye dik




Friday, December 2, 2011

Kajang Banjir

Kecoh kejap office tadi
Masing-masing duk bercakap pasal Kajang banjir
Check kat Youtube tadi, ada video yg di upload
Harap takde sampai mengorbankan nyawa







Thursday, December 1, 2011

Senyum 

Bila kita dah suka orang tu
Kalau dia buat simple thing pun
Kita sure akan tersenyum
Kan?

Contoh: dia "like" photo yang saya upload kat Facebook
Kesan: saya duk tersenyum je




Adoi..makin parah..




Saturday, November 26, 2011

Manis!

Errkkk!!!
Tadi tengok Masterchef Malaysia
Ni tengok Cake Boss pulak
Akibatnya?
Teringin nak makan benda manis dah ni
Harus mencari esok ni

Thursday, November 24, 2011

Twilight Breaking Dawn Part 1

Tengahari tadi pergi GSC Mid Valley
Tengok Twilight Breaking Dawn Part 1
Sanggup amek cuti hari ni (sambil nak habiskan annual leave)
Tengok pukul 11 pagi nya

So..apa komen pasal movie ni?
Memang best lah!
Banyak part yg touching..sebak kejap

Tapi ada 1 part yg tetiba lost sekejap
Part Bella bersalin
Sebab bila tengok trailer, ada part macam pegang baby
Tapi tadi takde pun part tu

Kebetulan pulak ada website yg upload video cam punya version
Apa lagi, harus dipastikanlah kan?
Rupanya memang ada part yg dipotong
Part Bella kena belah perut
Lebih kurang 5 minit juga scene yg dipotong tu

No wonder lah
Tapi overall..cerita ni memang best
Tak banyak action part
Lebih kepada "mengusik emosi"
Eceh..ayat tak boleh blah!

So..kepada yang belum tengok tu, apa lagi!
Harus beli tiket cepat..

Tuesday, November 22, 2011

Wikipedia..

Adoi!!! Siapalah yg edit Wikipedia pasal Fakri ni. Hahahaha!
Screenshot ni diambil pagi tadi...
Baru check balik tadi, ada orang dah delete dah part tu

Friday, September 16, 2011

Him...



Love is when you shed a tear and still want him...

It’s when he ignores you and you still love him...

It’s when he loves another girl but you still smile...

And say “I’m happy for you”...

When all you really want is to cry...

Thursday, July 7, 2011

Aarrggghhhhh!!!

Dah lamanya tak update blog
Duk busy dengan kerja je
Bila dah balik rumah, penat..
Sekarang ni pulak duk makan hati je
Makan hati a.k.a kecik hati...
Bukan makan hati ayam atau hati lembu tu
Kadang-kadang rasa frust pun ada
Kesabaran dalam diri pulak makin menipis
Huhuhu..

Tuesday, May 17, 2011

Finally!!!

Ok...post ni sebenarnya dah ada dlm draft dah lama dah..
Ada nak tambah sikit-sikit tp duk bertangguh je
So..korang assume post ni dibaca sebulan yg lepas ye..

Tarikh Kejadian: 12/05/2011

Akhirnya...Org dah dapat beli iPad 2
Weeee!!!Sungguhlah tak ku sangka boleh dapat beli iPad 2 ni
Memang kerja gila!
Kenapa? Sebab org beratur dari pukul 6.10 pagi



Mula-mula tu tak budget nak beli pun
Sebab duk terfikir nak beli online je
Tapi hati duk risau sebab takut tak sampai ke tangan sendiri
Ye lah..kalau nak order online, org kena letak alamat office
Office ni pulak, semua surat & parcel perlu through Mailing Dept
Tu yg tak sedap hati je
Bukan tak percaya diorang tapi .......
Hmmm..susah nak explain macam mana perasaan tu

So..hari Rabu lepas, org dengan adik org pergi Mid Valley
Dah alang-alang sampai tu, org singgah kat Machines store kejap
Tanya-tanya diorang apa yg patut
Sebelum tu memang org dah tau yg stock akan dijual esoknya (Khamis)
Cuma duk fikir nak beli ke tak
Sebab setahu org, memang panjang lah queue nak beli iPad 2 ni
Ad tu yg sampai beratur dari tengah malam



Niat asal nak yg 16gb 3g + wifi je
Tapi takde pulak stock tu
Yg ada 32gb..
Malam tu duk fikir lagi (berapa banyak fikir daaa)
Dan tetiba2 terus nekad nak pergi

Esoknya tu org bangun pukul 5 pagi
Mandi & bersiap..siap breakfast lagi
Ye lah..perut org ni bukannya tahan sangat
Hari tu dah kena gastric & amat lah tak sanggup nak terkena lagi
Org siap bawa spare roti + air milo kotak lagi

Keluar rumah dalam pukul 6 pagi


Tak pernah dibuat org sebelum ni
Sampai Mid Valley dalam pukul 6.05, terus pergi ATM machine, keluarkan duit
Time tu tengok org dah beratur dah
Naik tingkat atas..tengok ramai dah yg beratur
Siap ada yg baring lagi..tak tau lah diorang sampai pukul berapa tu















Ni masa mula-mula sampai..ada dalam 30 org kat depan org

Nasiblah org bawak novel..takdelah bosan tunggu
(novel Kasih Yang Suci..yg cerita Nora Elena tu)
Tunggu punya tunggu sampai lah ke pukul 9 lebih
Time tu staff Machines dah sampai dah
Diorang bagi mineral water..kemudian bagi Q Card


Ni Q Card nya..org pilih warna hitam, 32GB Wifi + 3G

Pukul 10 pagi tepat, pintu Machines buka & diorang allow buyer beli masuk
Tapi tak semua boleh masuk..diorang allow sikit-sikit
Maybe diorang tak nak pack kat dalam Machines kot
Dalam pukul 10.14 pagi, 12/05/2011,
Org selesai bayar & dengan sah nya dah beli iPad 2



Masa tu macam tak sangka je
Ye lah..org tak pernah buat kerja gila macam ni
Keluar awal pagi semata-mata nak beratur beli 1 barang je
Tapi memang berbaloi lah..akhirnya dapat jugak org beli
Dah lepas bayar iPad 2 tu..org still round-round dalam Machines lagi
Duk mencari screen protector & minta diorang pasangkan















Nak dekat pukul 11 pagi baru org keluar & still ramai lagi org lain beratur kat luar
Masing-masing tunggu turn diorang
Lepas je keluar, terus gi lunch kat Nandos dulu
Then balik ke office dalam keadaan tersenyum



















Sunday, May 8, 2011

iPad 2

mana nak cari iPad 2 ni?
kawan cakap dah habis stock dah kat KL ni



Sunday, May 1, 2011

Tiada Tajuk..

Dah lama tak update blog..



Memang agak sibuk sekarang ni
Bila balik rumah je, terus tidur
Tp sebenarnya...tu bukan penyumbang utamanya

Sebab utamanya...iPad takde kat tangan
Ke mana iPad ku itu?



Ada kat kampung, bagi ibu ngan ayah pakai
Dah nak dekat sebulan dah

Semuanya start masa nak tukar phone hari tu
Samsung lama dah digantikan dengan Blackberry
Selalunya ibu kurang setuju kalau org nak tukar phone ni
Tp memandangkan Galaxy tu dah macam sengal je,
Lebih baiklah tukar sebelum makin melarat

Dan untuk mendapatkan persetujuan ibu..
Org cakap yg org nak bagi ibu pakai iPad untuk sebulan
For sure ibu ngan ayah happy
Bolehlah dorang check Facebook dorang
Yelah..sekarang ni tinggal dorang berdua je kat rumah
Org ngan adik yang kedua kat KL
Adik last kat Segamat
So...bila ada iPad ni, bolehlah dorang main Facebook
Contact balik kawan-kawan sekolah dorang
Check status anak dorang ni



Boleh tengok Youtube
Takdelah dorang boring bila kat rumah kan...

Bila org balik kampung ni baru dapat pakai iPad ni
Dan org rasa macam tak sampai hati plk nak ambil balik iPad tu
Tengok dorang seronok je pakai
Macam tak best je nak ambil balik

Hmmm...iPad 2 dah keluarkan?

Monday, April 4, 2011

Got To Go

Dah 2 minggu duk bantai dengar lagu ni
Penyanyinya Najwa Mahiaddin
Memang sedap lagu ni
Dan model lelaki tu pun comey



Tuesday, March 29, 2011

Hello..Hello..

Sekarang ni tengah berkira-kira nak beli handphone baru
Rasa macam dah tak seronok pakai handphone lama ni






Ada je masalah..SMS asyik problem lah
Call tak masuk2 lah
Hang lah..lambat lah..
Pendek kata memang problem lah

Ke sebab org dah tawar hati kat phone ni sebenarnya?



Monday, March 28, 2011

Geram!

Org ni kerja dengan one of the insurance companies
Tiap2 hari deal dengan cawangan, customer & agent
Dan hampir tiap2 hari org akan membebel


Kenapa?
Tak tau lah nak cakap apa lagi dah ni
Benda yg kita tak suruh tu lah yg dibuat

*hidung kembang kuncup ni*

Nak kata tak faham,
Org dah cakap Bahasa Melayu dah pun
Macam mana tu?
Kadang2 tu rasa macam dah fed-up dah



Kutu Kepala

Tak faham...
Dah tau diri tu main kutu...
Awat lambat sangat bayar?


Setiap kali nak kumpul duit kutu..
Orang yg sama juga yg lambat bayar
Takkan tak ingat kot?


Sunday, March 27, 2011

Kerja..

Dah nak pukul 12 tgh malam dah
Dan esok dah hari Isnin
Rasa macam malas sangat nak kerja
Lagi2 bila ingatkan kerja yg tak siap lg

Idea..idea...
Mana nak cari idea ni?
Kan best kalau ada jual idea macam jual baju
Hahahaha...imaginasi yg tak boleh blah betul


Setelah Sekian Lama...

Dah lama tak jenguk blog sendiri
Sekarang ni memang asyik sibuk dengan kerja
Bila balik kerja tu, terus tidur
(lepas mandi & buat apa yg patut lah)

Bila mood rajin datang...
Ada sebab lain pulak yg jadi penghalangnya
Apa sebabnya? Jeng..jeng..jeng..

iPad ni lah..
Nak ber-blog pun susah
Sebab susah kalau nak guna Safari tu
So, terus terbantut hasrat nak ber-blog

Tp malam ni..org dah download Blogpress
Dan ni 1st post guna app ni
Harapnya lepas ni makin rajin lah diri ini untuk ber-blog

Kenapa tak download app ni sebelum ni?
Sebab app ni kena bayar dan org kedekut nak bayar
Hehehehehe

Takpe lah..ni dah download dah pun
So..tunggu next post org ye..


- Posted using BlogPress from my iPad


Sunday, January 23, 2011

Kebosanan Melampau

Mengantoknye *sambil menguap*
Kebosanan yg melampau sekarang ni
Sebab apa? Sebab rumah takde Astro
Alkisahnye..rumah sewa ni register Astro atas nama seorang kakak tu
Tup2 dia kena pindah rumah
Tp kalau nak pindahkan Astro time tu, kena extra charge kot (tak sure reason dia apa masa tu)
So...Astro ni tinggallah kat rumah kitorang
Dah lepas setahun lebih, dia nak ambillah balik Astro nya
Dah sunyi sepi rumah ni..

Org pulak baru je sbscribe Astro online tadi
Maybe esoklah kot staff Astro call
Untuk kali ni, org tak ambil Sport
Membazir je ambil sebab bukan tengok pon
So, org just ambil basic + 2 mini packages
Org ambil Variety & Learning Packages

Emmm...betul ke sekarang ni ada Beyond je?
Maknanya new subscription kena ambil Beyond?
Ada sesiapa yg boleh confirm kan?

Pape hal pun..En. Astro, minta tolong datang cepat sikit ye
Org dah bosan sesangat dah ni

Sunday, January 16, 2011

Lemau

adoi...
dah lama tak update blog
mintak maaf ye kawan-kawan
tak sempat nak update
sekarang ni memang agak busy sikit
hari tu dah siapkan board presentation utk boss
duk bertungkus-lumus prepare utk 2 bulan
ingatkan dah settle rupanya ada report lain pula yg menanti
:n3s_23:

balik rumah je terus tidur *kadang2 tu tak sempat mandi pun
hahahaha...

ingat post pasal idea...idea...idea... tu?
rupanya tak menjadi pun...
walaupun dah ada iPad sekarang ni
tapi masih tak berkesempatan nak post kat blog...

macam mana dengan iPad?
masih lagi dlm proses mengenali hati budi sekarang ni
hahahaha...

so far puas hati lah
memang jatuh hati habis
:n3s_88:

gambar ni masa beberapa hari lps beli
tak bnyk application yg di download kan pun masa ni
time ni lepak kat Old Town kejap
lepas balik daripada beli kamera kat Low Yat
yeay! another gadget for me
sebenarnya dah lama dah nak cari kamera
nanti org cerita kes kamera ni plk
haru jadinya...

yg dua gambar kat bawah ni gambar kekasih hati ku yg paling latest
semalam baru "amek" gambar ni
buat masa sekarang, ada 2 page je
satu tu untuk application...satu tu untuk game..


game pun download yg free punya
masih tak berani nak download yg game yg berbayar
membazir...

dan iPad ku masih suci...belum di jailbreak lagi
:n3s_75: