org ade treasure hunt
diorang yg gi briefing smlm ckp soklan nye mcm susah je
ade sesape yg ade contoh soklan tresure hunt tak?
Drama/Filem Melayu
1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.
2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).
3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". "Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".
4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING,tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).
5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Doktor ada medical terms dia ).
6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.
7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.
8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part Sadakallah Hulazim. ( Cover line kot ).
9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.
10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.
1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.
2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.
3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.
4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.
5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.
6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....
7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.
8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).
9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.
1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.
2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.
3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.
4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.
5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.
6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.
7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.
8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.
9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla....bla....bla...'.
10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.
Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem. Anda boleh tambah dalam ruangan komen jika anda tahu ciri ciri yang lain....
~ Sekadar berkongsi ilmu perfileman yg diterima dari email ~
akhirnye…pd tanggal 16/02/2009…
org dpt gak tgk movie geng: pengembaraan bermula
happy nye…mmg best gile lah cite ni…
movie ni di blend dgn secukup rase (mcm makanan plk)
cite ni mmg bnyk lawaknye…
rasenye…adalah 40 minit dari cite ni ade lawak
mmg best…org duk gelak tak ingat dunia punye
scene upin, ipin & rajoo atas kayu nak sliding
rajoo: jangan upin…ingat masa depan
scene “abg sally” ngan upin & ipin
upin/ipin: arrggh!!! hantu timun
abg sally: arrggh!!! toyol
kene kejar ngan “raksasa”, ular ngan lintah besar
mmg mase tu…org duk suspen je…
tak rase mcm tgh tgk kartun
org rase mcm tgh tgk cite thriller plk
part ni mmg sedih…bergenang gak air mate
huhuhu…wat malu je
tp mmg sedih bile oopet nak blk ke tmpt die semula
so far…ni lah animasi dari malaysia yg paling best yg org pernah tgk
memang best…dan sesuai utk semua lapisan masyarakat
tak kira tua, muda, budak-budak, remaja…semua blh tengok
org tak setuju btl kalau ade yg ckp cite ni cite budak2
hello!!! tgk dulu ye…baru blh komen cite ni cite budak2 ke tak
cume satu je lah...org rase oopet tu tak comey sgt
emm...rasenye upin & ipin lg comey kot
awal pagi ni…org dah canangkan kat kwn2 org psl movie ni
org mmg suruh diorang tgk
in fact…org mcm nak tgk movie ni lg sekali
maybe rabu ni kot…ngan kwn2 yg lain plk
tp tak sure lg sbb takot ade keje plk hari tu
tolong...tolong...org rase org dah jatuh centa ngan upin & ipin