Tuesday, March 29, 2011

Hello..Hello..

Sekarang ni tengah berkira-kira nak beli handphone baru
Rasa macam dah tak seronok pakai handphone lama ni






Ada je masalah..SMS asyik problem lah
Call tak masuk2 lah
Hang lah..lambat lah..
Pendek kata memang problem lah

Ke sebab org dah tawar hati kat phone ni sebenarnya?



Monday, March 28, 2011

Geram!

Org ni kerja dengan one of the insurance companies
Tiap2 hari deal dengan cawangan, customer & agent
Dan hampir tiap2 hari org akan membebel


Kenapa?
Tak tau lah nak cakap apa lagi dah ni
Benda yg kita tak suruh tu lah yg dibuat

*hidung kembang kuncup ni*

Nak kata tak faham,
Org dah cakap Bahasa Melayu dah pun
Macam mana tu?
Kadang2 tu rasa macam dah fed-up dah



Kutu Kepala

Tak faham...
Dah tau diri tu main kutu...
Awat lambat sangat bayar?


Setiap kali nak kumpul duit kutu..
Orang yg sama juga yg lambat bayar
Takkan tak ingat kot?


Sunday, March 27, 2011

Kerja..

Dah nak pukul 12 tgh malam dah
Dan esok dah hari Isnin
Rasa macam malas sangat nak kerja
Lagi2 bila ingatkan kerja yg tak siap lg

Idea..idea...
Mana nak cari idea ni?
Kan best kalau ada jual idea macam jual baju
Hahahaha...imaginasi yg tak boleh blah betul


Setelah Sekian Lama...

Dah lama tak jenguk blog sendiri
Sekarang ni memang asyik sibuk dengan kerja
Bila balik kerja tu, terus tidur
(lepas mandi & buat apa yg patut lah)

Bila mood rajin datang...
Ada sebab lain pulak yg jadi penghalangnya
Apa sebabnya? Jeng..jeng..jeng..

iPad ni lah..
Nak ber-blog pun susah
Sebab susah kalau nak guna Safari tu
So, terus terbantut hasrat nak ber-blog

Tp malam ni..org dah download Blogpress
Dan ni 1st post guna app ni
Harapnya lepas ni makin rajin lah diri ini untuk ber-blog

Kenapa tak download app ni sebelum ni?
Sebab app ni kena bayar dan org kedekut nak bayar
Hehehehehe

Takpe lah..ni dah download dah pun
So..tunggu next post org ye..


- Posted using BlogPress from my iPad


Sunday, January 23, 2011

Kebosanan Melampau

Mengantoknye *sambil menguap*
Kebosanan yg melampau sekarang ni
Sebab apa? Sebab rumah takde Astro
Alkisahnye..rumah sewa ni register Astro atas nama seorang kakak tu
Tup2 dia kena pindah rumah
Tp kalau nak pindahkan Astro time tu, kena extra charge kot (tak sure reason dia apa masa tu)
So...Astro ni tinggallah kat rumah kitorang
Dah lepas setahun lebih, dia nak ambillah balik Astro nya
Dah sunyi sepi rumah ni..

Org pulak baru je sbscribe Astro online tadi
Maybe esoklah kot staff Astro call
Untuk kali ni, org tak ambil Sport
Membazir je ambil sebab bukan tengok pon
So, org just ambil basic + 2 mini packages
Org ambil Variety & Learning Packages

Emmm...betul ke sekarang ni ada Beyond je?
Maknanya new subscription kena ambil Beyond?
Ada sesiapa yg boleh confirm kan?

Pape hal pun..En. Astro, minta tolong datang cepat sikit ye
Org dah bosan sesangat dah ni

Sunday, January 16, 2011

Lemau

adoi...
dah lama tak update blog
mintak maaf ye kawan-kawan
tak sempat nak update
sekarang ni memang agak busy sikit
hari tu dah siapkan board presentation utk boss
duk bertungkus-lumus prepare utk 2 bulan
ingatkan dah settle rupanya ada report lain pula yg menanti
:n3s_23:

balik rumah je terus tidur *kadang2 tu tak sempat mandi pun
hahahaha...

ingat post pasal idea...idea...idea... tu?
rupanya tak menjadi pun...
walaupun dah ada iPad sekarang ni
tapi masih tak berkesempatan nak post kat blog...

macam mana dengan iPad?
masih lagi dlm proses mengenali hati budi sekarang ni
hahahaha...

so far puas hati lah
memang jatuh hati habis
:n3s_88:

gambar ni masa beberapa hari lps beli
tak bnyk application yg di download kan pun masa ni
time ni lepak kat Old Town kejap
lepas balik daripada beli kamera kat Low Yat
yeay! another gadget for me
sebenarnya dah lama dah nak cari kamera
nanti org cerita kes kamera ni plk
haru jadinya...

yg dua gambar kat bawah ni gambar kekasih hati ku yg paling latest
semalam baru "amek" gambar ni
buat masa sekarang, ada 2 page je
satu tu untuk application...satu tu untuk game..


game pun download yg free punya
masih tak berani nak download yg game yg berbayar
membazir...

dan iPad ku masih suci...belum di jailbreak lagi
:n3s_75: