Sunday, January 1, 2012

Me'nate Steak House

Hari tu tengok Masterchef Malaysia masak steak
Adoi..tetiba je terliur & teringin nak makan
Esoknya terus cakap dengan adik

Asalnya..kitorang plan nak makan kat Chillis
Tapi ter-rajin pulak hari tu nak tanya Uncle Google
Jumpa lah a few blog posting pasal Me'nate Steak House ni
Apa lagi..terus set tarikh

Me'nate ni located kat Ampang
Ada juga branch kat USJ Subang
Memandangkan kami ni bukan lah tau sangat jalan kat KL
Harus lah kami gunakan GPS
Tapi...ada 1 masalah..
Dah jenuh cari kat Internet tapi tak jumpa GPS coordinates nya
Cari kat Wikimapia & Google Maps tapi tak jumpa jugak
Finally..jumpa check-in Foursquare
Tapi GPS coordinates nya still takde
Tapi tau lah landmark dekat area situ
Kira boleh lah diguna-pakai

So..hari ni..01/01/2012..kitorang pergi lah ke sana
Semangat nak makan ni sampai sanggup tak breakfast
Senang nak pergi ke Me'nate ni rupanya
Guna Akleh saja
Kitorang pulak sampai awal sikit
Masa tu nak dekat pukul 12 tengahari
Tapi tengok kedai baru buka separuh pintu je
Rupanya diorang bukak pukul 12.30 tengahari

Ok..jom kita enjoy gambar yang sempat di snap tadi

GPS coordinates - latitude: 3° 9' 39" N longitude: 101° 45' 31" E


Kalau tengok design dalam kedai ni..very sempoi
Takde hiasan melebih..simple saja

Ye..kedai ni pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan dulu

Banyak pilihan yang ada
Tapi kitorang sure pilih steak..nyum..nyum..

Ni menu nya..tengok apa yang ditulis tu..
"From Farm To Plate" & "Free From MSG, Cooking Oil, Preservative, Salt"
Daging kat sini memang fresh lah kira nya..takde beku-beku ni..

Buku menu diorang ni memang very informative
Ada terang kan pasal jenis daging, bahagian daging tu &
cara kita nak daging kita dimasak
Dan baru lah tau daging yang dimasak well done
tu tak berapa elok sebenarnya
Sebabnya..lagi lama kita grill, lagi banyak carbon yang di consume
Dan kata pekerja kat sini..lembu nya ada 3 jenis
1) yang makan jagung (wagyu)
2) yang makan bijian (grain fed)
3) yang makan rumput (grass fed)

Daging yang paling mahal - daging wagyu
Lembu ni memang dimanjakan
Kedua mahal - grain fed beef
Kemudian nya adalah grass fed beef

Pekerja kat sini memang best
Diorang ni ringan mulut untuk terangkan kalau kita tak faham
Once kita dah order..diorang akan pilihkan daging dan tunjuk kita daging tu
Kalau kita nak pilih sendiri daging tu pun boleh sebenarnya
Tapi memandangkan kami ni tak berapa tau..
Kami serahkan pada yang pakar saja lah

Kitorang order beef bolognese, tenderloin, ribeye & curley fries..
Kitorang pilih grain fed beef
Nak order wagyu asalnya tapi bila tengok harga..
Mak ai! Sampai RM 145 untuk sekeping daging tu
Takpelah..lain kali boleh lah order

Air? Air kat sini free flow
Minum lah air sebanyak mana pun
Tapi kena make sure once kita ambil air tu..habis diminum
Kalau tidak..akan dikenakan charge
Elok lah buat macam tu..tak membazir
Air yang ada..kalau sejuk - orange, blackcurrent, ice lemon tea
Kalau air panas..ada machine nya
Pilih lah - coffe, cappuccino, milo, etc

First makanan yang sampai..beef bolognese
Sumpah sedap!
Nampak macam simple je tapi bila masuk mulut..nyum..nyum..

Ni curley fries dia..tak berapa curley pun =P
Tapi memang sedap..lagi sedap dari Mc'D nya curley fries
Tak lembik..macam rangup gitu

Dan finally..yang ditunggu-tunggu..
Sampai lah steak kami
Whipped potatoes & cheezy coleslaws memang dah diberi sekali
Whipped potatoes tu not bad tapi rasa nya Chillis punya lagi sedap
Untuk cheezy coleslaws tu..
Agak kering sebab dressing nya diletakkan kat atas..bukan digaul sekali
Tapi masih lagi ok


Ni saya punya..tenderloin..daging sahaja..


Ni adik punya..ribeye..daging nya ada sedikit lemak..

Kitorang order medium well
Tapi kalau tengok gambar tu..saya punya macam well done je
Daging pun tak juicy compared to daging adik
Tapi daging adik tu memang sedap..lembut & juicy!

Dan akhirnya..selesai..

Total semua nya..RM 123.70

Cuma a bit confused dengan resit ni
Kitorang order beef bolognese tapi kat resit tulis aglio olio beef
Harga kalau tak silap lebih kurang je
Yang itu memng takde hal pun
Cuma tang steak tu..
Kitorang order grain fed beef tapi tulis kat resit as grass fed beef
So..yang kitorang makan tu yang mana ek sebenarnya?
Tak dapat dipastikan

Overall..memang puas hati makan kat sini
Kalau tengok kat kedai dan plating (tiru ayat Masterchef Malaysia)
Memang nampak simple sangat
Tak nampak mewah pun
Kedai simple saja..plating pun nothing special..
Tapi bila makanan yang dihidangkan tu masuk mulut..
Serious sedap gila!
Memang plan nak datang sini lagi nanti
Nyum..nyum..

Bubye 2011.. Hello 2012..

Selesai sudah tahun 2011
Tahun yg banyak kenangan
So far, happy dengan tahun ni
Banyak yg dihajati tercapai
Alhamdulillah Semoga tahun 2012 lebih baik
Insya Allah

Friday, December 30, 2011

Tentang Dhia..

Baru lepas tengok episod last Tentang Dhia
Tak dapat tengok petang tadi sebab keluar dengan kawan
Balik rumah pulak..housemate cakap ending dia sedih
Tengok dalam Facebook pun ramai cakap sedih
Apa lagi..terus je download kat Internet
Dan..kesimpulannya.......
CERITA TENTANG DHIA LAGI SEDIH DARI OMBAK RINDU

Time tengok Ombak Rindu hari tu tak menangis langsung
Bergenang air mata ada lah
Tapi bukan sebab cerita Ombak Rindu tu tapi sebab duk menguap..ngantuk..
Tapi bila tengok Tentang Dhia ni..lain..
Bukan takat mengalir air mata dah
Mengalir hingus sekali
Sedih!

Nora Danish memang berjaya bawa watak Dhia tu
Memang menyedihkan
Sorry to say..tapi bagi saya..
Nora Danish lagi berjaya watak sedih dari Fasha Sandha
Wah! Tetiba kan?
Apa2 pun..Tentang Dhia memang best!

Tuesday, December 20, 2011

Filmography 2011

Berapa kerat je movie yg dah tengok




Sunday, December 11, 2011

Bila Dah Taksub

Sekarang ni tengah kecoh pasal blog Budak Gigi Rabbit
Untuk tau lebih lanjut, boleh refer kat sini

Yg tak faham nya..
Kenapa budak-budak yg duk komen blog Hazrey ni duk cakap
si pengomen tak salah bila ugut & memaki sebab tak tau
tu fake Amirah's blog?

Tolonglah dik..
Sendiri yg memaki & mengugut
Jari sendiri yg tekan keyboard tu

Ye..masing-masing ada minat artis mereka
Tapi tak perlu nak marah macam tu dik

Bawak bersabar ye dik




Friday, December 2, 2011

Kajang Banjir

Kecoh kejap office tadi
Masing-masing duk bercakap pasal Kajang banjir
Check kat Youtube tadi, ada video yg di upload
Harap takde sampai mengorbankan nyawa







Thursday, December 1, 2011

Senyum 

Bila kita dah suka orang tu
Kalau dia buat simple thing pun
Kita sure akan tersenyum
Kan?

Contoh: dia "like" photo yang saya upload kat Facebook
Kesan: saya duk tersenyum je




Adoi..makin parah..