Tuesday, July 29, 2008

En. Badrul Hisham Yg Keterlaluan...

Hari ni, org ade tolong settlekan kes satu agent ni... Sebenarnye kes ni dah lame pending tp agent ni tak pernah komplen kat kitorang... So...kitorang tak tau...

Tup-tup...die hantar email, marah-marah kitorang... Atas dasar kerja, org tolong lah settlekan kes agent ni... And what i get back? Maki hamun!!!

Dahlah org tolong settlekan kerja dia... Dia boleh marah-marah org plk... Org siap call dia lg... Mintak maap bagi kesilapan cawangan org dan nak beritahu die yg kes die dah settle... Tup-tup org yg kena marah... Dahlah guna ayat yg biadab plk tu!!!

Rase saket ati je... Punye lah geram td sampai tangan dah menngeletar... Mate dah berair... Last-last bile die rase die dah takde modal nak ckp sebab die tau die yg salah, die ckp nak komplen kat CSU kitorang... Komplen lah En. Badrul Hisham oi!!! Aku tak heran... Mcm ko sorang je yg jadi agent kat company aku.

Sekarang ni, org tgh bincang dengan Department yg berkaitan... Org nak diorang terminate kan service agent ni. Tak gune die jd agent kitorang... Bnyk sgt kerenah die. Sebelum ni opismate org dah kene... Hari ni org plk... Lps ni...mesti bnyk lg kerenah die...

Kepada En. Barul Hisham... Ingat lah siket... Kite ni sesame manusia yg ade akal... Tolong belajar nak hormat org lain. Jangan ingat diri ko tu je yg btl. Company aku tak rugi kalau ko tak jadi agent kitorang!!!

Monday, July 28, 2008

Kaki Lebih Bersih

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.


Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Wednesday, July 23, 2008

Duduklah Atas Serban Ini

Suatu hari Jarir bin Abdullah Al-Bajli terlewat datang ke rumah Rasulullah S.A.W. Ketika itu rumah baginda sudah melimpah dengan orang ramai.

Sama seperti Jarir, semua yg datang ada hajat masing-masing untuk berjumpa Nabi selain ingin mendengar syarahan serta bimbingan daripada Rasulullah.

Jarir susup-sasap mencari tempat. Ketika itu timbul rasa kesal kerana datang terlalu lewat. Namun selepas berusaha, dapat juga dia ke ruang hadapan. Walaupun syarahan belum bermula, selalunya waktu begitu dia sudah bersila di hadapan Nabi.

Bagaimanapun badannya yang kecil memudahkannya menyelit di celah orang ramai itu. Selepas meminta maaf, memberikan senyuman, seorang lelaki mengesot sedikit, memberi dia ruang yang cukup untuk bersila.

Dia melihat para sahabat yang lain juga terpaksa duduk bersesak-sesak sehingga tiada ruang lagi yang kosong. Kedatangan Jarir disedari Rasulullah. Baginda nampak Jarir duduk di atas lantai tanpa tikar. Lalu baginda melepaskan serban di bahu dan memberikan kepada tetamu istimewanya itu.

“Hai Jarir, duduklah di atas serbanku ini,” pelawa Nabi sambil tersenyum lalu membentangkan kain serban itu di lantai. Jarir terkejut bercampur terharu kerana mendapat perhatian baginda. Dia mengambil serban tersebut lalu diusap-usap ke mukanya beberapa kali. Jarir kemudian menangis teresak-esak. Kemudian dia melipatnya seperti sediakala dan memulangkan semula secara terhormat kepada Rasulullah.
“Tak mungkin aku duduk atas pakaianmu yang mulia ini wahai Nabi Allah. Semoga Allah memuliakan Rasulullah sebagaimana baginda memuliakan aku,” kata Jarir sebak.

Orang ramai yang hadir terpegun bahkan ada yang turut mengalirkan air mata.

Sambil menoleh ke kanan dan kiri, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apabila datang seorang tetamu yang mulia maka muliakanlah dia; dan apabila datang kepada kamu seorang yang ada hajat atas kamu maka muliakanlah mereka”.

Wassalam....

Tuesday, July 22, 2008

My New Digital Camera...


Semalam... Org dah gi Low Yat... Dah beli dah camera yg org nak... Nikon Coolpix L18... Hehehe... So far... So good... Ok lah dengan harga yg org beli... RM465 je... Hari tu survey kat Mid Valley... RM548 tp takde tripod... yg org beli ni… org dapat tripod skali…

Tengoklah camne... Org pakai je dulu camera ni... Tp kalo dah lame nanti rase mcm bnyk kegunaanye ngan org nak lebih serius dgn photography ni... Org nak beli camera yg lg up dari ni... Go go chaiyok!!!

Monday, July 21, 2008

Camera...Camera...Camera...

Sejak 2, 3 minggu ni... Org duk berkobar-kobar nak beli digital camera... Rase mcm tak sabar-sabar je. Huhuhu...sebenarnye bukan penting sgt pon... Tp henpon N95 org tertinggal kat kampung... Rase mcm tak best je... Lepas tu housemate nye wedding ujung minggu ni... Tu lagi menambahkan "kekobaran" nak beli digital camera ni...

Petang ni... Org nak gi Low Yat... Ade sale... Nak survey-survey je... Tp housemate ajak beli terus.. Huhuhu...belum gaji lagi tp kawan sanggup bayarkan dulu... Besh... Besh...

Sunday, July 20, 2008

Ahad = Kerja

Aduhai... Rase mcm penat sgt minggu... Biasenye org keje sabtu je...tp minggu ni, ahad pon org keje jugak. Nak wat camne... Keje berlambak gile nak disiapkan. Ni pon ade report yg belum siap... Huhuhu... Tak tau camne nak siapkan sebab rasenye bnyk sgt bende yg nak urgent...

Hello..hello..hello... Tu sume bkn keje pending ek tp tu sume adalah "lambakan keje" dr boss yg amat org "sayangi" huhuhu... Takde maknenye... Free Image Hosting at UpMyPic.com

Hari ni bagi report ni... Nak siap esok... Ptg karang...bagi yg lain plk... Nak petang tu...aduhai...igt org ni ade 8 tangan mcm labah-labah ke? Kalau ade...blh ar siap kan sume keje sekaligus.

Dahlah...org dah penat dah ni.... Org nak blk... Nak gi mamam... Lps tu nak merelaxkan diri dengan sebaik-baiknye...

Friday, July 18, 2008

Rumput Dan Kasih Sayang


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. Sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.